ACCA (Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun) melancarkan Kursus Asasi Perakaunan (FIA) dengan Kempen ACCA “FIA-1-Million” iaitu program dermasiswa yang dianjurkan oleh 17 institusi pengajian tinggi terkemuka di Malaysia untuk menyediakan bantuan kewangan bagi membantu seramai 1,000 pelajar Malaysia mencapai impian memiliki kerjaya dalam sektor perakaunan dan kewangan.

Tujuh belas (17) Rakan Pembelajaran ACCA akan memberi tajaan kepada sejumlah pelajar lepasan sekolah yang komited di seluruh Malaysia bagi membantu mereka mengambil langkah pertama dalam memperoleh kelayakan perakaunan bertaraf dunia - Kursus Asasi Perakaunan (ACCA FIA).

Pelajar di seluruh negara terutama mereka yang baru sahaja menamatkan peperiksaan SPM boleh menghubungi dan mengunjungi Rakan Pembelajaran ACCA berikut untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran dermasiswa berkenaan yang akan dibuka dari 22 Jun 2021 hingga 31 Disember 2021:-

Rakan Pembelajaran Platinum:

• Kolej Antarabangsa Imperium

• Kolej Pendidikan INTEC

• Kolej Methodist Kuala Lumpur

• Kolej Sentral Pulau Pinang

• Kolej Sunway Ipoh

• Kolej Sunway Johor Bahru

• Kolej Sunway Kuching

• Sunway TES

• UOW Malaysia KDU

Rakan Pembelajaran Emas:

• Crescendo International College

• Kolej Antarabangsa Kompas

• Institut Akauntan KTC Johor Bahru

• Institut Sinaran

• Institut Methodist Pilley

• Kolej Pintar

• Taylor’s College

• Kolej Antarabangsa YES

Selain membantu pelajar yang terjejas dalam meneruskan pengajian mereka akibat pandemik yang melanda, ACCA dan Rakan Pembelajaran menganggap kempen ini sebagai usaha yang tepat bagi mengenalpasti langkah-langkah yang besesuaian untuk memperkukuhkan profesion perakaunan di Malaysia. Usaha ini turut membantu dalam meningkatkan sumbangan profesion perakaunan dalam pembinaan negara, lebih-lebih lagi dalam keadaan lanskap ekonomi yang berubah dan keperluan untuk negara Malaysia kekal kompetitif sebagai sebuah negara.

“Profesion perakaunan adalah salah satu bidang utama yang masih tidak mendapat cukup perhatian di Malaysia. Untuk memenuhi aspirasi Malaysia bagi melahirkan 60,000 akauntan bagi menyokong transformasi negara untuk menjadi sebuah negara yang maju, kami perlu bekerjasama dengan rakan-rakan dalam sektor-sektor pendidikan dan kerajaan serta para majikan untuk mencari cara baharu membentuk dan meningkatkan jumlah pelajar yang melibatkan diri dalam profesion yang telah kami kenal pasti sebagai keperluan penting untuk perkembangan Malaysia,” kata Edward Ling, Ketua ACCA Maritime Asia Tenggara.

Menurut Kajian Keadaan Ekonomi Global ACCA dan IMA (GECS) terkini, ekonomi sejagat semakin pulih dari segi keyakinan, tempahan, pekerjaan dan perbelanjaan. Kajian yang melibatkan seramai 1,000 akauntan kanan dan profesional kewangan dari seluruh dunia ini merekodkan lonjakan terbesar dari segi keyakinan ekonomi pada suku pertama tahun ini di sepanjang 12 tahun ia dijalankan. GECS konsisten dengan pandangan bahawa ekonomi dunia mempunyai peluang yang baik untuk mencapai kembali tahap aktiviti sebelum pandemik pada akhir tahun ini.

“Berdasarkan jangkaan pertumbuhan ekonomi dalam beberapa bulan yang akan datang, kita mesti fokus dalam membangunkan golongan muda sebagai tenaga pekerja yang berkemahiran tinggi. Ini menjadi lebih kritikal memandangkan syarikat-syarikat Malaysia semakin memandang ke luar bagi pasaran yang lebih besar dan bagi memperolehi kejayaan serantau, manakala syarikat multinasional pula terus menganggap Malaysia sebagai pilihan batu loncatan ke Asia Tenggara,” tegas Ling.

Pengenalan Kursus Asasi Perakaunan ACCA (ACCA FIA) yang baharu ini akan menggantikan Kelayakan Juruteknik Perakaunan Bertauliah (CAT), sebagai laluan dan titik permulaan paling efisen ke dalam jurusan perakaunan bagi lepasan sekolah menengah, graduan dari profesion bukan perakaunan dan mereka yang mencari prospek baharu dalam kerjaya.

“Pelajar yang mengambil ACCA FIA juga boleh berasa yakin bahawa mereka akan belajar daripada yang terbaik, kerana semua Rakan Pembelajaran kami memenuhi piawaian kualiti pengajaran yang ketat, memberikan bakat muda kita permulaan yang kukuh dalam perjalanan mereka ke arah kerjaya sebagai profesional kewangan, dengan kelayakan diiktiraf dan dipandang tinggi oleh majikan di seluruh dunia,” tambah Ling.

Enquire Now
X
wpChatIcon
JOIN OUR VIRTUAL TOUR

ACCA Foundation in Accountancy (ACCA FIA)

ACCA Foundation in Accountancy (ACCA FIA)

I am a

I have read and understood the terms of the Personal Data Protection Policy and consent to the processing of my Personal Data as described above. I also agree that consent given hereto covers any repeated collection of my personal data in the same circumstances.

ENQUIRE NOW

To register for a course or ask a question, please fill up the form below

CPDT Enquiry Form